Thursday, January 7, 2010

Hijrah Menuju Allah

Salam Hijrah, walaupun sudah hampir ke penghujung muharram, tidak terlambat rasanya memanaskan lagi semangat hijrah dalam nadi kehidupan buat yang bergelar pejuang-pejuang Islam. Tengahari tadi baru balik dari program Dewan Muslimas PAS Kawasan Gombak yang telah mengadakan usrah gabungan dengan tema Hijrah, Jihad dan Pengorbanan. Kami menjemput 3 orang naqib memberi taujihat tarbawiyah berkisar tentang tema diatas. Iaitulah al-Fadhil Ustaz Ridhuan Md Nor, YB Ustaz Muhammad Nor Hamzah dan al-Fadhil Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Ketiga-tiga mereka merupakan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat. Aku hanya sebagai pengerusi majlis keseluruhan sahaja.Siapalah daku untuk membicarakan tentang hijrah, apalagi tentang jihad dan pengorbanan. Apa-apa pun biarlah pengertian hijrah itu kita hayati sebagai pemangkin perjuangan kita, perjuangan yang telah dirintis oleh Rasul tercinta nabi Muhammad SAW, perjuangan hidup untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Sang Pencipta Allah Al-Khaliq, Allah Al-Samad, Allah al-Hakim, Satu-satunya zat yang memiliki Al Asma al-Husna. KepadaNya kita kembali dan kepadaNyalah kita menuju....

Ya... Kita sedang menuju Allah. Maka marilah kita murnikan semangat hijrah kita, bahawa apa sahaja perubahan dan azam yang tercipta biarlah semuanya membawa kepada HIJRAH MENUJU ALLAH.

Daku titip buat pejuang-pejuang Islam semua, karangan dari sentuhan jari jemariku yang sudah agak keras ini sebuah video nasyid mengenai hijrah ini. Semoga dapat kita hayati dan melunakkan jiwa untuk terus berhijrah menuju Allah. Start buat video ni 2hari lepas, tengah malam hari baru siap. Itu pun hanya ambik picture yang simple-simple sahaja. Tak sempat nak search yang lebih menepati senikata nasyidnya. Maklumlah disekelilingku ramai sangat "pembantu-pembantu" yang setia .... terutama Ibrahim Adham, 1 tahun, Wajeehah 3 tahun, Yahya Ayyash 4 tahun, al-Miqdad 6 tahun. Mereka yang terlalu cemburu apabila melihat umi terlalu intim dengan laptop ini.Pembuatan video ini menggunakan software Sony Vegas. Oleh kerana baru lepas training, pulak tu tak habis kerana demam, inilah yang seadanya..... Harap 'sifu'ku (diyanah) dapat beri markah.







Hijrah Menuju Allah
Munsyid : Kumpulan Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi


Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

2 comments:

Dr Nurul Yaqeen said...

wah..mantapnye video ni cik icah..ni pun pakai program vegas tu ke? bleh le blaja dgn cik icah pas ni ek:)

diyanatahir said...

tahniah!..dah banyak peningkatan:
1) Pemilihan gambar dgn lirik bagus
2) Picture motion pun dibuat dengan teratur dan smooth

cuma ada satu faktor yang org biasa tak aware kepentingan nya ilah, pemilihan font, color font dan size font..font ni memainkan peranan untuk mencantikkan dan menyampaikan maksud video tersebut, tips untuk font yang cantik size tak lebih dr 30..biasa diyana guna 24-26 shj, warna putih dan tambah shadow sudah cukup..kalau nka warna lain pun boleh tapi tak perlu letak outline, shadow sudah cukup

othet than that..bravo