Wahai Dunia berhenti sebentar, dengarkan !!!!!. Buat suamiku yang jauh di rantau orang, ummi menangis ketika mendengar lagu ini, sendirian mengenangkan ulangtahun perkahwinan kita tanpa abang di sisi, hanya doa qudus semoga Allah memberi keberkatan di atas ikatan ini. Semoga mawaddah dan rahmah antara kita terus mekar ...dan segar sehingga kita bertemu kembali di syurga. Ameeeennnn. Rabbana Hablana min azwajina wazurriyyatina qurata ainin waj'alnaa lil muttaqina imamaa.. Jazakallah bang, di atas segala kasih sayang yang diberikan.
Seorang hamba yang sedang bersedia untuk pertemuan dengan tuhannya. Terus mencari sebuah keyakinan yang menancap jiwa. Pernah berkelana dalam rehlah ilmiyyah ke bumi gersang Mafraq Urdun(Jordan), satu-satunya pelajar Melayu Majister di Qisim itu. Payah namun demi mencari setitis cahaya ilmu buat menerangi perjalanan dakwah ini ku tak berganjak. Pun begitu banyak juga zikrayat indah ketika menagih ilmu di peringkat BA di Universiti Malaya yang tak pernah dilupakan.