Wednesday, July 29, 2009

La Tahzan

Hari sabtu lepas kena ceramah motivasi untuk ajk halwa masjid Khairiyyah Sri Gombak. Walaupun diri ini adalah orang yang paling tak bermotivasi tapi tuntutan ummah kena lah kugagah juga. 2 hari siapkan power point (padahal simple2 je, banyak benda lagi yang kena dipelajari) agar aku dapat sebarkan Islam dengan cara yang indah dan membahagiakan. Tapi La Haula Wala quwataillah Billah, sebaik sahaja ajk masjid pasangkan LCD kat lap top aku..... Pppaaap. Satu dewan gelap. Black out. Laptop aku semacam mengeluarkan bau hangus.... lap top juga "mati" serta merta walaupun batery aku dah full kan. Ada litar pintas mungkin. Ya Allah, habislah modal ceramah aku pagi ni. Note pun aku tak buat hanya bergantung penuh note dalam laptop tu. Dah tu tak terpikir pulak nak save dalam pen drive. So , balik asal la, hanya guna air liur je la.... Namun Alhamdulillah dengan bantuan Allah dapat juga aku menyampaikan mesej suci pada hari itu pada mereka. Siap nangis-nangis lagi aku ketika menceritakan kisah Marwa al-Sharbini yang yang syahid di bunuh kerana mempertahankan hijabnya. Aku emosi betul ketika itu . Mungkin ruh jihad Marwa menyatu dengan semangatku pagi itu.

Apa-apa pun semua telah termaktub di Loh Mahfudz..... di pembukaan ceramah aku bacakan ayat 51 dari surah al-Taubah sebagai mengendurkan keteganganku.

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.

Sedih juga dengan kemalangan ini, aku ni tak bekerja, tiada pendapatan, beli lap top dulu tu pun hasil jualan buku aku tu, ni dah rosak pula. Entah berapa la pula kena bayar utk diperbaiki tu. Tulis blog hari ni pun pinjam HP mini suami. Alahai kecil sangat , pening kepala. Badan jadi mengecil. Sakit Badan ni.

Sebenarnya saja je, menulis hari ni coz mahu sharing sesesuatu buah tangan atau air tangan dari adikku Diyanah yang kreatif and brilliant tu. Tangan dia tu memang sejuk, bila dia sentuh sesuatu akan menghasilkan sesuatu yang boleh mengocak sukma. Benda ni aku ambil dari blog dia la. Mudah-mudahn ia menjadi amal jariah dan kerja dakwahnya. Tajuknya La Tahzan, Jangan Bersedih. Mudah-mudah Allah mendatangkan laptop yang terbaik untukku. Aminn

Monday, July 20, 2009

Berapa Berat Badanmu?



Berapa berat badanmu? 50 kg? 80kg? 100? Sudah timbang badan hari ini? Adakah bertambah atau berkurang? He he he .....

Bukan.... Bukan.... Bukan, bukan itu yang aku maksudkan.

Aku inginkan berat/timbangan yang hakiki, yang Allah sebut dalam firmanNya :

وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡحَقُّ‌ۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَہُم بِمَا كَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يَظۡلِمُونَ.

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (8) Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya). (9) Surah al-Isra” 8-9.

Inilah berat kita yang hakiki. Apakah dia kebaikan kita yang memberatkan mizan(timbangan) itu dan apakah dia keburukan kita yang meringankan mizan itu.

Hari Isnin yang penuh ketenangan ini. Aku mahu mengira dan menimbang beratku yang hakiki. Ya Rabb, aku menangis, betapa menyusutnya beratku.

Berapa berat akhlak muliamu?

قال عنه صلى الله عليه واله وسلم ما من شيء أثقل في ميزان المؤمن يوم القيامة من حسن الخلق، وإن الله يبغض الفاحش البذيء

“Tidak ada yang lebih berat pada timbangan orang mukmin pada hari kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah benci orang yang berperi laku dan berkata jahat (caci dan cela).” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Berapa berat kerja dakwahmu mengajak orang lain kepada kebaikan dan cinta Allah?

Tidakkah kau sering alunkan nasihat nabi SAW :

من دل على خير فله مثل أجر فاعله
Siapa yang mengajak kepada kebaikan maka baginya ganjaran yang sama dengan orang yang melakukannya

Berapa berat bacaanmu, tilawah dan tadabbur al-Quran?

Sedangkan engkau tahu bahawa al-Quran akan datang memberi syafaat kepadamu pada hari kiamat nanti.Nabi bersabda :

من قرأ حرفاً من كتاب الله فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول { ألم } حرف، ولكن: ألف حرف، ولام حرف، وميم حرف عشر حسنات لكل حرف والله يضاعف لمن يشاء

Sesiapa yang membca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10.. Aku tidak mengatakan (alif lam mim) satu huruf, tapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf. 10 kebaikan setiap satu huruf. Allah menggandakan kebaikan bagi sesiapa yang dikehendakinya.

Berapa berat istigfarmu?


Berat berat zikirmu dan tasbihmu?

Berapa berat zikirmu yang ini :

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Berapa berat zikirmu yang ini :

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله
والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله

Mengapa tidak mahu bertasbih, memuji Penciptamu, sedanglan langit sentiasa bergegar (kerana memikul kehebatan Ilahi yang paling berat sekali). Sedangkan tidak ada sejengkal tempat pun di langit dimana malaikat-malaikatnya tidak sibuk dengan bertasbih dan memuji ALLAH dalam keadaan bersujud.

Allah SWT. berfirman :
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ ٱلسَّبۡعُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيہِنَّ‌ۚ وَإِن مِّن شَىۡءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ ِحَمۡدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفۡقَهُونَ تَسۡبِيحَهُمۡ‌ۗ إِنَّهُ ۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورً۬ا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Isra'- 44)

Kamu hafal tidak atau ingat tidak butir mutiara nabi SAW :

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ) رواه البخاري (6682) ومسلم (2694

" Dua kalimah yang ringan pada lidah, berat dalam timbangan dan dicintai ALLAH swt ialah Subhanallah Wa Bihamdihi, Subhanallahil 'Azim."

Mari sayangku, Muhammad, Wajdiy, Hamzah, Miqdad. Ayyash , Wajeehah , Ibrahim kita hafaz hadith ini., kita beratkan timbangan kita.



كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ)

Saturday, July 4, 2009

Ya Allah! Jadikan Kami Asing

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Hadith Riwayat Muslim no. 145]dan [Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”

[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”



غرباء غرباء غرباء غرباء

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء


Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghuraba tidak akan tunduk/sujud kepada sesiapa selain Allah


Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghuraba telah memilih jalan ini sebagai moto hidup


Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghuraba tidak akan tunduk/sujud kepada sesiapa selain Allah


Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghuraba telah memilih jalan ini sebagai moto hidup


If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Jika kau bertanya tentang kami, kami tidak gentar pada penindas


We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Kami lah tentera Allah, telah tersimpan jalan ini untuk kami


If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Jika kau bertanya tentang kami, kami tidak gentar pada penindas


We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Kami lah tentera Allah, telah tersimpan jalan ini untuk kami


We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Kami tidak gentar pada rantai besi, malah kami akan meneruskan selamanya


We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Kami tidak gentar pada rantai besi, malah kami akan meneruskan selamanya


So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ayuhlah mulakan jihad, peperangan dan perlawanan dari awal


Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Wahai Ghuraba' inilah caranya mereka bebas dari belengu dunia


So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ayuhlah mulakan jihad, peperangan dan perlawanan dari awal


Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Wahai Ghuraba' inilah caranya mereka bebas dari belengu dunia


How many times when we remembered a time when we were happy

Berapakali kah kita ingat, saat-saat kita bahagia


In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Didalam kitab Allah, kita mengalunkannya pagi dan petang


How many times when we remembered a time when we were happy

Berapakali kah kita ingat, saat-saat kita bahagia


In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Didalam kitab Allah, kita mengalunkannya pagi dan petang


May Allah (swt) dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa’ (The Strangers)
Semoga Allah S.wt memberi penghormatan kepada sesiapa yang berdiri dijalan Al-Gurabaa' (Org Asing)

Thursday, July 2, 2009

Ketulusan Hati

Lagu ini khas ditujukan untuk suamiku tercinta.

Thursday, June 25, 2009

Setiap Hari 10 Orang Hamba.!

Scan lah iman di hatimu, bandingkan imanmu dengan iman Abu Bakar. Tentu sekali tak kan terbandingkan. Seluruh iman manusia di muka bumi ini sekalipun tidak akan dapat menandingi iman Abu Bakar. Di kala para sahabat berebut-berebut menginfaqkan sejumlah harta mereka ke jalan Allah, Abu Bakar bahkan menginfaq seluruh hartanya tanpa berbaki, yang ada tinggal di sisinya hanyalah Allah dan rasulNya. Subhanallah! Hebatnya Abu Bakar.

Apa yang Abu Bakar buat untuk imannya? Abu Bakar ra telah menginfaqkan sejumlah hartanya untuk memerdekakan para hamba dari tangan bangsawan Quraisy di Mekkah. Para sahabat yang lain juga terdorong berbuat demikian . Belum pernah ada dalam sejarah bangsa-bangsa terdahulu , terjadinya pembebasan para hamba secara besar-besaran, seperti di zaman Islam, memerdekakan hamba semata untuk mengharap redho Allah SWT dan terbebas dari api neraka. Firman Allah :

" Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu ? ( yaitu ) melepaskan budak dari perhambaan". ( QS.Al Balad : 11-13 )

Junjungan Rasul juga menjelaskan keutamaan memerdekakan hamba dan menggalakkan pembebasannya, diantaranya :

" Dari Amer bin 'Anbasah ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Siapa saja memerdekakan seorang budak muslim maka Allah menjanjikan akan membebaskan dengan setiap anggota tubuh budak itu , setiap anggota tubuhnya dari api neraka". ( HR Abu Dawud dan Nasa'i )



Masih relevankah?

Wahai jiwa yang terkapai-kapai untuk menandingi Abu Bakar. Kenapa tidak kau mencontohinya. Merdekakanlah para hamba. Tapi masih relevankah?
Kenapa tidak? Jadikan hari-harimu sebagai hari pembebasan para hamba. Bagaimana? Ingat ! bertekadlah “setiap hari 10 orang hamba”. Tanyakan jiwamu : sudahkah aku merdekakan sepuluh orang hamba hari ini. Mudah sahaja.

Tak Percaya ?

Bacalah dan wiridkan zikir ini, ia menyamai dengan sepuluh kali memerdekakan hamba.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ، لَهُ لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Yang bermaksud : "Tidak ada Tuhan selain Allah semata, Yang tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nyalah segenap kerajaan dan milik-Nyalah segala pujian serta Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Malah zikir ini menawarkan kepada engkau pengampunan daripada 100 kejahatan dan dosa, malah mengundang 100 kebaikan. Subhaanallah !, Besarnya rahmat Allah pada hamba-Nya. Bukan sahaja ia satu amalan yang yang ringan bahkan juga menjanjikan ganjaran yang lumayan.

Basahi bibirmu dengan wirid ini sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya maka dia seolah-olah telah memerdekakan 10 jiwa yang dibelenggu perhambaan. Bebaskan lah mereka. Bayangkan penderitaan Bilal di seksa, bayangkan airmata kebahagiannnya ketika mana Abu Bakar membebaskannya. Di samping engkau akan memperolehi seratus kebaikan dan diampuni daripada seratus kejahatan, ia juga akan menjadi perisai baginya daripada syaitan, mulai dari pagi harinya hinggalah ke petang dan kelak di hari kiamat seseorang tidak akan datang seperti halnya orang ini, kecuali kalau orang itu juga mengamalkan seperti apa yang dia amalkan. Hal ini dijelaskan dalam Sahih al-Bukhari sebagaimana berikut :

عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ :‏ ‏مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ ‏عَدْلَ ‏عَشْرِرِقَابٍ وَكُتِبَ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ ‏ ‏حِرْزًا ‏ ‏مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ إِلاَّ رَجُلٌ عَمِلَ أَكْثَرَمِنْه ُ .

Yang bermaksud : Dari Abu Hurairah RA : Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca: "Tidak ada Tuhan selain Allah semata, Yang tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nyalah segenap kerajaan dan milik-Nyalah segala pujian serta Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu", setiap hari sebanyak seratus kali, maka dia akan mendapat pahala yang sama besarnya dengan membebaskan sepuluh orang budak dan akan dicatat untuknya seratus kebajikan serta dihapus darinya seratus keburukan. Baginya hal itu adalah satu perlindungan dari syaitan mulai dari pagi hari sampai petang. Tidak ada seorang pun yang lebih utama dari orang yang melakukan hal itu kecuali orang yang lebih banyak dari itu.

ZIKIR INI SAHIH DAN MA’TSUR. CONFIRM ! AMALKAN…. Kenapa susah-susah mengambil zikir yang tak tentu sumbernya.
Sebahagian dari post ini adalah di cuplik dari buku tulisanku yang berjodol ‘Alangkah Luasnya RahmatMU’ September 2008…Mesti beli tau sebelum habis stok! Murah je. Lebih mahal tas tanganmu, baju-bajumu, kosmetikmu, pampers anak-anakmu dan lain-lain yang tidak menang tangan untuk dikendalikan.

Sunday, June 14, 2009

Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?

Alhamdulillah, pagi ini anak-anakku sudah berlepas ke medan ilmu. Aku juga mahu mencari ilmu dan menyebar ilmu Allah yang maha luas ini, sebagai pengabdianku padaNya Tuhan Yang Maha Berilmu, Allah al-Aliim.

Alhamdulillah, segala pujian milik Allah, segala keagungan milik Allah dan segala perancangan milik Allah. Setiap sesuatu semua telah maktub(tertulis) kerana pena adalah makhluk pertama yang dicipta Allah. Apa yang hendak dikesalkan apa yang telah berlalu. Apa yang hendak dikecewakan apa yang telah berlaku. 2 minggu anak-anak bercuti, qalamku terhenti, blogku serasa sunyi dan hambar. Banyak perkara yang menghampakan berlaku jika ikutkan jiwa hamba yang sering alpa dan lupa, sepatutnya tidak perlu hampa kerana semua telah termaktub sejak azali. Malah Allah juga telah menulis rahmat ke atasNya. Wahai hamba .... jangan lupa disebalik kehampaan sebenarnya ada rahmat yang tersembunyi, rahmat tuhan yang tidak tergambarkan, yang tidak terfikirkan. Hamba ini tidak nampak rahmat itu lantaran hatinya yang buta diselubungi dosa-dosa yang juga tidak disedari. Astaghfirullah al-Azim. Izinkan hambaMu ini melakarkan kehampaan ini... Semoga Engkau mengampuni daku.

1. Tidak dapat menyertai rombongan pengantin Suhaib, anak saudaraku di Teluk Intan (pihak pengantin perempuan)
2. Tidak dapat meraikan pernikahan Uswah dan walimah mereka ( Suhaib dan Uswah 2 beradik). Perjalanan kami ke Johor Bahru hanya sekerat jalan sajaha, apabila suamiku krem di Air Keroh Melaka, dan keluarga yang terlalu sibuk mengurus kerja-kerja terakhir walimah menyarankan agar kami patah balik ke Kuala Lumpur kerana sebab-sebab kesihatan suami.
3. Tidak dapat menyertai pengantin Uswah ke Pulau Pinang ke majlis pihak suaminya.
4. Tidak dapat ke mana-mana bagi mengisi cuti anak-anakku. Kami terkurung dan terperap di rumah sahaja.
5. Suamiku sakit dan tidak mampu memandu pada saat-saat penting ini. Saat-saat semua ahli keluarga dan sanak saudara bergembira meraikan waliwah tersebut.

Semuanya menghampakan dan membuatku diserang ’kalau’. Kalau lah aku tahu memandu, kalaulah aku begini, kalaulah suamiku begitu..... Tapi semua tu bisikan syaitan. Lau mina ssyaithan.

Sunyi sangat, rindu sangat dengan mak, dengan abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik. Tentu sahaja mereka sedang bergembira bertemu, berkumpul dengan penuh mesra bersulamkan senda gurau dan hilai tawa. Tapi aku ...............

Bagaimana hendakku alihkan kehampaan ini menjadi satu rahmat? Satu kebahagiaan dan ketenangan?

Orang-orang pernah mengungkapkan sebaik-baik teman sejati adalah buku. Jahiz (sasterwan Arab) menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan. Katanya : Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mngusirmu, tetangga yang tidak akan menyakitimu, teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang engkau miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat kebohongan.

Aku memiliki banyak kitab. Kitab yang kukumpul sejak belajar di Universiti Malaya lagi. Koleksi itu semakin meriah bila aku menyambung pelajaran di Universiti Al al-Bayt Jordan. Ada yang habis aku baca, ada yang tidak mampu kuhabiskan dan hanya sebagai sumber rujukan. Kebanyakan kitab-kitab ini tulisan ilmuan Islam Arab, mereka menulis beribu-ribu helai, malah berjilid-jilid. Al-’Atabi pernah mengulas sebuah buku uyang ditulis oleh ulama terdahulu, ”Seandainya bukan kerana banyaknya jumlah halaman pasti saya akan menyalinnya”

Ibnu al-Jahm mengatakan,"Jika perasaan mengantuk datang menyerang sebelum tibanya waktu tidur, perbuatan yang paling buruk adalah tidur melebihi keperluan, maka aku akan membaca salah sebuah buku dari buku-buku hikmah, lalu aku tersentak dengan beberapa faedah yang kudapati. Aku merasa memperolehi kemenangan setiap kali aku menemui apa yang aku perlukan dari buku tersebut, sesuatu yang menumbuhkan kebahagiaan yang sejati dalam hatiku dan menghujam menyedarkanku. Dentumannya bergema melebihi ringkikan keldai yang mengejutkan."

Pernah juga aku terbaca satu buku karangan Dr Aid al-Qarni, beliau mengajak kaum wanita dengan katanya, Jadilah wanita yang paling bahagia! Kerana kamu ada iman, Ada Islam dan kamu menutup aurat... . Di antara helaian buku tersebut dia menyarankan agar isilah masamu yang kosong dengan mengemas buku-buku, binalah library dalam rumah, atur lah buku-bukumu dengan susunan yang indah. Kuisi kesunyian ini bersama-sama anak-anakku dengan mengemas library di rumahku, menyusun atur buku tersebut, mengelap habuk-habuk yang selama ini bagai menjadi pakaiannya. Kasihan. Akhirnya... Waahh, lihat lah gambarnya....Koleksi buku-bukuku, Buku-buku dan kitab yang teratur memenuhi ruang dinding-dinding library rumahku...





Di sudut ini termuat tafsir karangan al-Alusi, Al-Qurtubi, Al-Zamakhsyari, Ibni Hajar, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Al-Syaukani, Ibnu Katsir, Dr Wahbah al-Zuhaily dll.


Namun, kitab yang paling mulia dan paling tinggi ialah :

كِتَـٰبٌ أُنزِلَ إِلَيۡكَ فَلَا يَكُن فِى صَدۡرِكَ حَرَجٌ۬ مِّنۡهُ لِتُنذِرَ بِهِۦ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.(al-A’araf : 2)

Dan aku yakin bahawa buku-buku dan kitab-kitab koleksi ku ini adalah huraian kepada kitab yang mulia itu. Semoga aku dapat memanfaatkannya. Inilah rahmat ilahi. Sepagian semalam aku meneliti surah al-Qalam dan aku menjumpai ayat ini.

أَمۡ لَكُمۡ كِتَـٰبٌ۬ فِيهِ تَدۡرُسُونَ

Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?(al-Qalam :37)

Ayat ini mengetuk hatiku menguatkan azam untuk terus bermuamalah dengan al-Quran dengan apa cara sekalipun untuk kemantapan iman yang sering turun naik ini disamping memberi cahaya untuk ruang hatiku dan ruang rumahku. Madrasah pertama anak-anakku. Dialah kitab cahaya. Kitab seribu satu cahaya. Milik cahaya di atas segala cahaya. Nurun ala nurin.

Friday, May 22, 2009

Jangan Melanggar Suara hati



Hampir seminggu aku meneliti dan menyemak buku Esq karangan pak Ari. Aku bagai menemukan sebuah kekuatan. Dadaku berombak, sarat dengan penyesalan namun ada keazaman yang maha kuat mendesak-desak. Meneliti buku Pak ari memaksaku terus terusan membuka helaian-helaian tafsir dan karangan ulama tentang suatu Yang Maha Hebat iaitulah Allah SWT. Pak Ari memberikan pengertian yang mendalam kepadaku tentang SUARA HATI. Itulah rupa-rupanya fitrah yang Allah berikan kepada makhluknya. Dari suara hatilah aku dapat mengenal fitrah kemanusiaan ini. Dan ketika mana aku mula mengenali fitrahku yang sebenarnya mesti tunduk kepada tuhannya, aku semacam mahu rebah, menangis, sujud di hadapannya kerana sudah berapa lama dan sering kali aku melanggar suara hati ini..... Betapa selama ini kerasnya dan sombongnya aku, jauh sekali untukku mendengar suara hatiku yang sering berbisik tentang kelembutan NYA Allah al-Latif. Betapa selama ini goyahnya aku, tidak istiqamah dalam sabarku, sedangkan suarahatiku sering memujuk-mujukku membayangkan kesabaranNya Allah al-Sabur. Betapa selama aku ini sering melanggar suara hatiku untuk ikhlas menyintai tanpa syarat kerana aku pernah rasakan suara hati ini pernah berbicara kembalilah kepada al-Wadud Yang Maha Menyintai, tapi aku melanggarnya sehingga aku menderita sekian lama dan menangis sendirian apabila ada insan yang mengecewakan.

Benar kata Pak Ari, sememangnya otak mampu mencipta alasan yang logik atau diterima akal tetapi suara hati tidak akan pernah menipu.Ia sangat jujur untuk mengatakan kebenaran kerana ia adalah cerminan sifat Allah Yang Maha Benar.Dan Allah juga telah memberikan isyarat kebenaranNya melalui perintah solat iaitu doa ketika sujud yang bermaksud ”Maha Suci Allah Yang Maha Tinggu” ertinya untuk mencapai suatu ketinggian ia perlu dimulakan dengan hati yang suci dan jernih terlebih dahulu.

Lantas aku menjerit melalui suara hatiku, aku mesti dengar suara itu. KUN MA’ALLAH LAA TUBAALI. Aku mesti kembali kepada Allah, menyintaiNya sepenuhnya, dan menyayangi siapa pun tanpa syarat. Biarlah insan-insan itu menyakitiku, tidak adil denganku, menyiksa jiwa dan perasaanku, mematahkan semangatku, mengecewakanku, memusnahkan harapan tinggiku namun aku tetap teguh pasrah dan menyerahkanya semuanya dalam urusan Allah. Aku akan cuba mendengar suara hati ini yang sering membisikkan ”kembalilah kepada Allah al-Afuww (Yang Maha Pemaaf) namun Dia adalah al-Muntaqim (Maha Membalas Dendam). Aku serahkan kepadaMu Ya Allah. Engkau Maha Melihat apa yang telah menimpaku, Engkai Maha Mendengar segala doa dan rintihanku. Aku berazam Ya Allah untuk menyanyangi mereka tanpa syarat biarpun aku tak mendapat kasih sayang dan perhatian mereka kerana aku yakin hanya kasih sayangMu sahaja Yang Maha Indah. Dan sempurna” Tsabbit Qalbi Ya Rab, Tetapkan hatiku, pancarkan suara hatiku dengan nurMu Ya Nuur.